Projek CSR KLC Meriahkan Rumah Kanak-Kanak Berkat

Projek CSR KLC Meriahkan Rumah Kanak-Kanak Berkat
SIARAN OLEH Shiqah November 29, 2018 Berita

Perlaksanaan projek khidmat sosial masyarakat (CSR) KLC di Rumah Kanak-Kanak Berkat berlangsung dengan jayanya pada 28 November lalu


Projek CSR KLC Meriahkan Rumah Kanak-Kanak Berkat

Pada 28 November lalu, KLC telah mengadakan sebuah program khidmat sosial masyarakat atau CSR di Rumah Kanak-Kanak Berkat, Kampung Baru, Johor Bahru.

Seramai 16 orang guru terlibat bersama-sama 19 orang kanak-kanak yang tinggal di rumah tersebut.

Tujuan perlaksanaan program ini adalah untuk memberi keceriaan dan kegembiraan kepada semua kanak-kanak di Rumah Berkat yang sangat memerlukan kasih sayang serta perhatian daripada masyarakat. 

Menurut Pengurus Projek, Jimmy, KLC sangat bersimpati dengan nasib serta keadaan mereka yang tinggal di rumah tersebut kerana kebanyakan kanak-kanak ini pernah mengalami tekanan berikutan masalah keluarga, menjadi mangsa dera, anak yatim, tiada tempat berlindung dan ada juga yang hidup sebatang kara.

"Mereka masih kecil dan kita perlu beri perhatian untuk pulihkan semula semangat dan keyakinan mereka untuk terus hidup. Kami percaya dengan adanya program seperti ini, mereka akan berasa lebih disayangi dan tenang.

"Bertepatan dengan musim cuti sekolah, kami mengambil peluang memenuhi masa mereka pada hari ini dengan menjalankan pelbagai aktiviti menarik dan menyeronokkan seperti permainan kerusi beracun, "handprint family tree", "toungue twister serta bersama-sama bergotong-royong membersihkan kawasan rumah.

"Melihat sendiri raut wajah setiap dari mereka yang terpancar kegembiraan, namun siapa yang tahu apa yang ada dalam hati mereka. Jelas kanak-kanak ini amat memerlukan kasih sayang dari orang sekeliling terutamanya rakan-rakan di sini," jelas Jimmy ketika ditemubual. 

Tambahnya lagi, beliau berharap agar program seperti ini bukan sahaja dapat menggembirakan hati kanak-kanak tersebut, malah menimbulkan rasa syukur dalam diri setiap dari kita dan menghargai ibu bapa serta keluarga yang masih ada. 

Penghuni Rumah Kanak-Kanak Berkat, Emily, 15 tahun, berasa amat gembira dan berterima kasih dengan kehadiran "team KLC" di rumah mereka. 

"Biasanya tiada siapa datang melawat dan bermain bersama kami di sini. Tetapi hari ini saya cukup gembira dan bersyukur kerana pihak KLC sudi hadir untuk memberi kegembiraan kepada kami.

"Terima kasih juga kepada pihak KLC kerana membantu membersihkan kawasan rumah dan memberi kelas bahasa inggeris secara percuma kepada kami pada hari ini. Saya berharap agar kita dapat berjumpa lagi pada masa akan datang," jelasnya dengan raut wajah gembira.

 

 

BERITA YANG DISYORKAN

BERITA TERKINI

KLC Newsletter Jan 2020
KLC Newsletter Jan 2020

February 17, 2020

SHARE

Your Browser Does Not Support !

Please Upgrade